25 May 2009

Kematian Anak Kecil Syafaat Kepada Ibubapa Di Akhirat



Oleh : Mohd Razi bin Musa

Apabila seorang muslim sampai ketahap keimanan yang tinggi, meyakini akan qadha baik dan buruk dari Allah Taala, kemalangan menjadi kecil baginya, musibah menjadi mudah dihadapinya, menyerah segala apa yang datang kepada Allah Taala sahaja, jiwanya sentiasa tenang kerana kesabarannya terhadap ujian yang datang, disebabkan redhonya dengan qadha Ilahi dan tunduknya kepada takdir Tuhan sekelian alam.

Bertolak dari keimanan inilah, Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W memberitahu bahawa seseorang yang kematian anaknya, lalu dia bersabar dan mengucap istirja’ ( berkata ‘Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un’ ), Allah akan membina baginya sebuah rumah di dalam syurga namanya Baitul Hamdi (Rumah kepujian ). Nabi bersaabda yang bererti: (Apabila mati seorang anak hamba itu, Allah bertanya kepada MalaikatNya, “ Apakah kamu telah mencabut nyawa anak hambaKu ? “, lalu mereka menjawab “ Ya”. Allah berkata lagi “ Apakah kamu mengambil nyawa buah hatinya ?” mereka menjawab “ Ya “. Lalu Allah bertanya kepada MalaikatNya lagi “Apakah yang hambaKu kata ?”Jawab Malaikat “ Dia memuji engkau (mengucapkan Alhamdulillah) dan mengucapkan Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Roji’un. Lalu Allah berkata “ Binalah bagi hambaKu ini sebuah rumah di dalam Syurga dan kamu namakannya Baitul Hamdi.”

Hasil dari kesabarannya juga ialah jalan ke Syurga dan hijab dari api neraka. Sabda Nabi S.A.W yang bererti: ( Tidaklah ada dari kamu seorang perempuan yang mati tiga orang anaknya, melainkan anak-anaknya itu menjadi hijab baginya ( bagi perempuan itu ) dari Api Neraka. Seorang perempuan telah bertanya “ sekiranya dua orang ?” sabda Rasulullah S.A.W “ walaupun 2 orang.”

Sabda Nabi S.A.W yang bererti “ Tidaklah ada dari dua orang muslim ( sepasang suami isteri ) yang kematian tiga anaknya yang belum sampai umurnya melainkan dibawa anak-anak itu pada Hari Kiamat sehingga ke pintu Syurga, lalu dikatakan kepada mereka.. masuklah kamu semua ke dalam Syurga. Mereka menjawab “ ( kami tidak akan masuk ) sehingga ibubapa kami masuk”. Lalu dikatakan kepada anak-anak itu “ masuklah kamu semua dan juga ibubapa kamu.”

32 comments:

  1. salam,
    subhanallah, diambil-Nya hamba-Nya, dipertemukan kembali di pintu syurga dan digantikannya dgn rumah di syurga..
    saya berasa sedih atas pemergian anak saya. sejurus disahkan meninggal oleh doktor, saya ke sisinya, mengucapkan syukur kpd allah telah memberi pinjam anak yg begitu baik tingkahnya, meredhai pemergiannya..

    ReplyDelete
  2. subhanallah...saya juga baru kehilangan bayi lelaki..Allah cuma pinjamkan kepada saya dan suami hanya 18 hari..kami redha dgn pemergiannya...

    ReplyDelete
  3. salam...
    subhanallah...
    saya bru kehilangan anak lelaki yg bru berusia 2 hari akibat tiada tempurung kepala
    namun sya bersyukur dan reddo atas pemergian anakz sya walau pun ALLAh cume meminjam kn kpd sya dan istri selama 9bln 10 hari

    ReplyDelete
  4. salam....subhanallah...sy juga br sj khlngan anak lelaki yg br berusia 3 hr akibat jantung berlubang sehalus jarum...pada mulanyer amat berat utk sy menerima dugaan ini..namun...skrg sy sedar yg sy harus redha dgn pemergian anakku..dan bersyukur wlupun sy hnya dpt melihat anakku selama 3 hari shj...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, syukur pd Allah atas segala nikmat dan pemberianNya. Saya juga telah kehilangan 2 orang puteri. Seorang anak yg sulung berumur sepuluh tahun yg baru saja meninggal 23 januari 2012 lps. Dan anak yg ketiga meninggal dlm kandungan diusia 8 bln (thn 2005). Syukur pd Allah Taala dan semoga terus diberi kekuatan iman.

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Alhamdulillah, syukur..
    sy baru kehilangan anak usia 1 tahun 11 bulan..
    Redha atas ketentuan Allah, rasa amat ringan dan gembira kerana dia sedang menanti kita di sana, jadi kita mesti berusaha menjadi mukmin sejati kerana Allah akan tunai janji-Nya untuk mempertemukan kita dgn anak kita buah hati pengarang jantung..InsyaAllah..Sama2 kita bertabah hati ya..

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah kerana telah meminjamkan anak yang sangat baik budi bahasa dan bijak pemikirannya kepada saya selama 3 tahun 3 bulan dan 11 hari. Anak saya telah pulang ke rahmatullah pada 5 April 2012yang lepas. Masih segar di ingatan bagaimana dia menutup matanya yang saya sangka hanya tidur. Tetapi Allah Maha Besar, anak lelaki saya ini telah meninggal dunia di hadapan saya. Sangat merinduinya setiap hari namun Allah lebih menyayanginya. InsyaAllah kita akan dipertemukan di Jannah. Amin

    ReplyDelete
  8. Salam semua,

    Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t kerana meminjamkan saya sentuhan kasih sayang seorang puteri selama 9bln 10hari dlm kandungan...dan selama 15 jam juga Allah memberi saya kesempatan menatapi wajah comelnya. Harapan seorang ibu, pada mulanya ingin membesarkannya tapi nyata Allah lebih menyayangi puteri saya. Bayi mempunyai komplikasi paru2 mengecut dan bekalan oksigen tak sampai ke otak. Subhanallah...Allah Maha mengetahui apa perancangan yg terbaik utk saya dan suami. Kami redha dgn ketentuanNya, kini saya lebih berusaha utk menjadi mukmin sejati...mudah2an kami dipertemukan nanti. Amin...

    ReplyDelete
  9. syukur alhamdulillah...syukur dengan ujian Tuhan yang penuh nikmat...sayapun seuntung kalian yang diuji oleh Allah dengan pemergian putera tunggal saya ketika berumur 3tahun 2 bulan 2 hari pada 19 oktober 2012...
    Insyaallah...Tuhan akan menemukan kita semua dengan anak kita semula...setelah di dunia ini kita derita merinduinya..dan kita redha dengan sepenuh hati...Alhamdulillah...Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum sahabat semua. Saya juga diuji Allah dengan kehilangan dua orang putera semasa mereka masih di dalam kandungan.Alhamdulillah kerana Allah menganugerahkan saya seorang suami yang sungguh tenang dan sabar dalam menjaga saya. Kini saya redha, sesungguhnya Allah lebih tahu apa yng terbaik untuk hambanya.

    ReplyDelete
  11. Salam..subhanallah..alhamdulillah..kehilangan bayi yang telah dikandung selama 5 bulan benar2 menguji saya dan suami..lagi2 ini bayi sulung yang kami nanti2kan..sebagai ibu memang saya redha dengan pemergiannya..sudah tertulis yang saya diberi peluang untuk merasai kehadiran dan perasaan untuk menjadi ibu sehingga minggu ke 21. Walaupun berat untuk saya menerima kehilangan anak kesayangan pada mulanya..namun saya kuatkan semangat dan redha..sesungguhnya Allah maha mengetahui..Anak ini akan menanti kami di jannah kelak..moga kasih kami bertaut disana nanti..moga kami kuat melalui hari2 mendatang dan dikurniakan rezeki zurit yang soleh dan solehah..Aminnn

    ReplyDelete
  12. As slm...al fatihah buat anakanda putera tunggal tersyg..
    22 April 2013 jam 2.54 pg,anakanda pergi juga akhirnye..menanggung azab akibat bengkak jantung,keluar masuk icu...Allah pinjamkan anakanda dgn ibu dah ayah selama 2 thn 4 hari..menghempuskan nafas terakhir dihadapan ibu..pergi la nak..tunggu ibu dan ayah di pintu syurga...Syg ibu dan ayah..tidak melebihi sygnya Allah dgn adik...Moga ibu dan ayah tabah mnghadapi dugaan Allah SWT ini...Amin..

    ReplyDelete
  13. Salam..Maha Suci Allah..DariNya kita dtg dan kpdNya jua kita akan kembali..Alhamdulillah kita adalah insan terpilih yang mempunyai syafaat dari anak2 di sana..Sesungguhnya ujian ini cukup sukar ditempuhi..namun sbg hambaNya kita perly akur bhw anak2 tersayang adalah pinjaman dariNya..Sesungguhnya kasih syg Nya melebihi kasihnya kita pada anak2 yg suci ini..Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik bt hambanya..Diri ini juga baru kehilangan anakanda tersayang..putera bongsuku pada 17/6.Syurgalh tempatmu bayi yg suci..ummi redha sayang..Allah lbh menyayangimu..kasih syg ummi sentiasa bersamamu bt selamanya.17hari sygku dipinjamkn oleh Allah cukup membahagiakan ummi.Segala kenangan bersamamu akan terus mekar dlm ingatan.Rindu padamu hanya Allah yg tahu.Semoga rindu ummi bertamu di syurga nanti..amiinn.

    ReplyDelete
  14. Al-Fatihah untuk putera ku yg telah meninggalkan kami diusia 6 bulan..Allah hanya pinjamkan kepada kami hanya seketika..Arwah pergi mendadak..hanya demam tiga hari..Ya allah ujian mu sungguh hebat..AKu hambamu yang daif ini..Redha atas ujian mu..Pimpin la aku agar tidak lari dari landasan yang diredhai oleh mu..Aku sebagai seorng ibu yg terlalu rindu akan anaknya..Allahuakbar..

    ReplyDelete
  15. Al-Fatihah untuk putera ku yg telah meninggalkan kami diusia 6 bulan..Allah hanya pinjamkan kepada kami hanya seketika..Arwah pergi mendadak..hanya demam tiga hari..Ya allah ujian mu sungguh hebat..AKu hambamu yang daif ini..Redha atas ujian mu..Pimpin la aku agar tidak lari dari landasan yang diredhai oleh mu..Aku sebagai seorng ibu yg terlalu rindu akan anaknya..Allahuakbar..

    ReplyDelete
  16. Al-Fatihah untuk puteri.. manja ku yang telah meninggalkan pada 21/9/2013.. Alhamdulillah. . ALLAH hanya pinjamkan kepada kami hanya untuk 4 hari.. Ya ALLAH, memang berat ujianmu ini.. tpi aku redha.. Sesungguhnya hanya ALLAH yang mengetahui apa yang di tentukan kepada kami sbg hambamu yang kerdil ini.. Rindu mama dan papa.. hanya ALLAH saja yang tahu... Semoga rindu mama bertamu di syurga nanti... In sha allah...

    ReplyDelete
  17. Salam semua, saya juga kehilangan ana lelaki sulung berusia 14 tahun, redha dengan ketentuan Allah. AMIN

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum... tahniah buat saudara semua kerana diuji dengan perginya anak-anak kecil..... syurgalah tempat mereka.Moga Kita sentiasa Redha dengan ketentuanNYA... walaupun berat rasa hati menahan rindu....puteri saya Hanan Sofea kembali ke rahmatullah pada 18/8/14.... dialah satu-satunya anak yang saya ada...anak sy mengidap jantung berlubang walaupun begitu dia sihat...doktor nasihatkan sy utk pasang alat pd jantungnya namun tidak berjaya kerana berlaku pendarahan.... kata doktor kerana lubangnya besar... doktor tambah 2 alat lagi ke dlm jantung... slps itu keadaannya kritikal sehinggalah dia pergi menemui Illahi... TUNGGU MAMA DIKK... MAMA RINDU ADIKKK.....

      Delete
  19. ALLAHUAKBAR!! Sebak rasa mngenangkan putera tersayang ahmad ammar yg baru sahaja 4hari mninggalkan kami.. 34MINGGU dberi kesempatan menggendong bayi kecil ini di dalam rahim.. tiba masa melahirkan,tetapi ahmad ammar cume mampu bertahan beberapa minit shj setelah dilahirkan akibat tiada tempurung kepala.. tidak puas ummi ini memeluk dn menatap wajahmu syg.. namun syukur ummi tagu kini kamu ditempat yg jauh lebih indah dr dunia dn terhindar dr segala tipu daya yg penuh di dunia ini..moga ummi abi dn kak annur dpt bersamamu kelak dijannah.. insyaAllah.. merinduimu setiap saat sygku..

    ReplyDelete
  20. allahuakbar...
    berat ujian mu ya allah... sayang kita pada anak tp sayang lagi allah padanya..
    terkenang bayi comel ku berusia 10 bulan muhammad aqief zhafran meninggal atas kecuaian pengasuh... allahuakbar.. moga pebgasuh mendapat balasan yg setimpal n berbahagialah kesayangan umi disana...
    tunggu umi n abah ye.. allhuakbar...alfatihah

    ReplyDelete
  21. Subhanallah..baru 3minggu khilngan putera tcinta MUHAMMAD DARWISY RAYYAN BIN ZALID.. Putera yg dipinjmkn Allah slama 3thn lbh..kami redha dgn pmergiaanmu sayang tp kdgkala perasaan rindu mbuatkn mama mnangis..moga anakanda dpt mbawa kami tibggal bsama semula ditaman syurga.

    ReplyDelete
  22. Allahu Akbar, berat mata memandang, berat lg bahu memikul.aku baru sahaja kehilang putera sulung lelaki pada 8/11/15. besar sungguh dugaanMu trhadap hambamu ini. walau pun hanya 11 jam sahaja, slepas 9 bln pernantian. ak redha dgn apa yg ditetapkan. Allah Swt lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya. di saat gembira penantian anak sulungku aku lupa dgn kuasa Allah yg maha besar dia. Sungguh rindu dan pilu bila di fikirkan.. papa sayang sangat pada awk walaupun hanya dapat dukung dan kucup awk selepas awk sudah tiada tp cukup bermakna. pinjaman yg sungguh brharga. duka aku dan isteri di sini, moga anakku akn menjadi syafaat ak dan isteri disana kelak. al fatihah buat anakku. amin

    ReplyDelete
  23. Maha Suci Allah..DariNya kita dtg dan kpdNya jua kita akan kembali..Alhamdulillah kita adalah insan terpilih yang mempunyai syafaat dari anak2 di sana..

    Sesungguhnya ujian ini cukup sukar ditempuhi..namun sbg hambaNya kita perlu akur bhw anak2 tersayang adalah pinjaman dariNya..

    Sesungguhnya kasih syg Nya melebihi kasihnya kita pada anak2 yg suci ini..Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik bt hambanya..

    Diri ini juga baru kehilangan anakanda tersayang..puteri bongsuku pada 4/11/2015.:(
    Syurgalh tempatmu yg suci..ummi redha sayang..Allah lbh menyayangimu..kasih syg ummi sentiasa bersamamu bt selamanya.

    Selama mana sygku dipinjamkn oleh Allah cukup membahagiakan ummi.Segala kenangan bersamamu akan terus mekar dlm ingatan.Rindu padamu hanya Allah yg tahu.Semoga rindu ummi bertamu di syurga nanti..amiinn.
    Bidadari Syurga. ..Ainul mardhiah. .Allah lebih menyayangi mu...

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Syukur Alhamdulillah, sye baru kehilangan puteri sulung kesayangan pada 10/11/2015, lima hari sebelum hari lahirnya yang ke15.. Perginya tiada galang ganti, tapi sye redha kerana pinjaman Allah untuk sye sekeluarga selama berbelasan tahun ini adalah anugerah terindah dalam hidup kami semua. Seorang anak yang begitu taat pada kedua org tuanya, halus dan lembut budi pekertinya.

    Damailah puteri ibu di sana... Alhamdulillah ya Allah, permata hati sye sempat merasa kasih sayang dan dialah bidadari syurga.. Ibu, Daddy, Naim dan seluruh ahli keluarga akan sentiasa menyayangimu, Nina... Tetapi, Allah lebih menyayangimu... Semoga kita semua bertemu lagi nanti..in shaa Allah...

    ReplyDelete
  26. Ibubapa yg berminat utk masuk group whatsapp #Wildan2 syurga#...boleh Add no. 0194575925. Berkongsi. ..& kata2 semangat. in shaa Allah

    ReplyDelete
  27. Ibubapa yg berminat utk masuk group whatsapp #Wildan2 syurga#...boleh Add no. 0194575925. Berkongsi. ..& kata2 semangat. in shaa Allah

    ReplyDelete
  28. Assalam. .subhanallah. .Alhamdullillah..Allahuakbar. .redha..sabar..itulah yg sering di ucapkan oleh suami..makbapa..saudara dan kawan2..tapi bkn semudah yg di ucapkan..perit dah seksanya melalui saat2 ini..9thn selepas mempunyai 2 org putera..sy disahkan hamil ank ke 3..mmg gembira sgt2..tiap2
    bln pergi chekup semua ok..masuk 38mggu..16.4.2016 hari terakhir chek up..tiba2 doc mengatakan baby sy telah meninggal dlm kandungan..Allahuakbar. .rasa gelap dunia ini..lepas operate utk kuarkan baby sy sempat memeluk dan mencium baby..cukup sempurna..mmg sy sedih
    sgt2..brg2 suma dah beli..tapi siapa sy utk melawan kehendak Allah..sy cuba kuatkan hati utk menerima ujian ini..namun setelah sy membaca komen2
    saudari semua..bru la sy sedar..bahawa kita semua insan terpilih..Allah syg pada kita sbb tu Allah bg kita ujian ini..Allah nk kita dekat dgn Nya..semoga suatu hr ni sy kita akan di pertemukan dgn wildan2 syurga kita InshaaAllah. .terima kasih
    Allah krn meminjam kan Arwah Muhammad Mikhael Adwa Bin Kamal kepada aku dan suami..mama rindu Mikhael sgt2..tggu mama ye syg...

    ReplyDelete
  29. Nik Mohammad Azra HarrazMay 29, 2017 at 2:18 AM

    Assalam
    Allahuakhbar bersabarlah kita hanya insan biasa berdoa pada Allah semoga perjalanan di akhirat nanti bertemu dgn wildan syurga, sy kehilangan anak sulong lelaki 8bulan 4hari. Kemalangan ngeri yg xmungkin dapat dilupakan pada waktu subuh hari jumaat. Putra sy meninggal di tempat kejadian dan isteri 50-50 koma selama 2mggu. Hidup bagai nk gila setiap waktu solat berdoa dan solat hajat.bila doa Allah makbulkan terasa diri ini bertuah.bila isteri sedar dari koma dia xbley bercakap hanya isyarat yg dia nk jumpa arwah nk bagi susu. Hendak ceritakn benda sebenar begitu susah xterkata. Alhamdulilah akhirnya dia terima dan redha atas pemergian arwah. Nik Mohammad Azra Harraz seorg anak yg bertuah terlalu sempurna baik sangat2 xmcm kanak2 lain. Cinta hati mamapapa selamanya mungkin tiada ganti hanya kenangan kita ber3 tersemai indah dihati buat selamanya.. Didunia kita bersama hanya sementara akhirat nanti pasti selamanya. InsyAllah..

    ReplyDelete
  30. Assalamualikum sahabat.. ibu ayah ank syurga yang hebat... sya juga diuji allah dengan kehilangan ank syurga tuan nur ain zulaikha... genap umurnya 9 bulan.. ank yang sihat ank bongsu kesayangan semua.. asbab demam allah ambik balik hak nya.. allah.. siapa laa kita untuk mempertikaikn kehendaknya... hanya redha n sabar akan ketentuan nya itu lah yang terbaik untuk kami lalui semuanya.. rindu dan sentiasa rindu... xpernah mama tak rindu adik.. tapi mama tahu adik ada penjaga yang hebat di sana... sabtu adik lahir sabtu jugak adik pergi... moga rindu mama n papa sampai kesyurga... tunggu kami yer sayang... al fatihah untuk bidadari syurgaku Tuan Nur Ain Zulaikha... mama sentiasa merindui kamu sayang...

    ReplyDelete
  31. AllahuAkhbar.. Rupanya ramai yg sdg diuji kehilangan anak syurga.. Sy pun baru kehilangan anak syurga pada 27/6/2019.. Anak comel yg sihat.. Baik sangat.. Senang dijaga.. X banyak ragamnya.. Perginya dalam tidur.. Allahu.. Susah nak terima tapi harus redha dan akur dgn kehendak Ilahi kerana semua di dunia ini adalah hak milik mutlakNya.. Semoga anak syurga kita menjadi asbab kita semua ke syurgaNya.. Aamiin..

    ReplyDelete