14 April 2010

test_ blog

T
est

Read More...

20 December 2009

WARMING UP : Kursus Penigkatan Profesionalisme Untuk Guru-Guru Pasti Adam Qariyah Mak Chili


19 Dec 2009- Jawatankuasa PASTI ADAM Qariyah Mak chili telah menganjurkan kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan untuk guru-guru PASTI ADAM. Seramai 15 orang guru dari PASTI ADAM telah mengikuti kursus tersebut dan tidak ketinggalan juga terdapat 7 orang guru PASTI dari qariyah lain yang hadir sama mengikut kursus ini.

Kehadiran guru-guru Pasti Adam dan Pasti sekitar Kemaman amat menggalakkan walaupun sibuk dengan last minute shopping baju sekolah anak-anak.

Kursus satu hari ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Kursus ini diadakan bertujuan mendedahkan guru-guru tentang cara-cara Mengurus Tingkah Laku murid dan Pengajaran Bacaan Asas yang Berkesan. Ahli Jawatankuasa Qariyah menyedari betapa pentingnya guru-guru ini didedahkan dengan kemahiran ini, demi meningkatkan tahap kerja buat guru dalam mendidik anak-anak pra sekolah yang belajar di pasti ini. Kami memfokuskan kebolehan Membaca Bacaan Asas kepada murid yang berumur 6 tahun semasa belajar di PASTI ADAM ini ke peringkat yang maksima. Para ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka bukan sahaja memperolehi kemahiran berkaitan dengan agama, tetapi mereka mahu melihat anak-anak mereka boleh menguasai bacaan asas selepas sahaja tamat belajar di pasti ini.
Objektif kursus seperti berikut:

Pengurusan Tingkah Laku
1. Membantu murid bertindak balas secara kondusif kepada proses pembelajaran.
2. Mengajar dan menggalakkan berlakunya tingkah laku akademik dan sosial yang
bersesuaian dengan situasi bilik darjah
3. Membimbing murid untuk memainkan peranan yang sesuai dalam masyarakat –
pemindahan pembelajaran

Pengajaran bacaan Asas yang Berkesan
1. Memahami proses pengajaran Bacaan Asas
2. Mengetahui kemahiran-kemahiran asas dalam bacaan
3. Membina satu perancangan isi pengajaran bacaan berasaskan kaedah bunyi kata
4. Menyedari betapa pentingnya penggunaan bahan/ perlatan dalam p & p bacaan asas
6. Mengetahui teknik/ strategi pengajaran berkesan
ISI KANDUNGAN KURSUS

1- Proses Mengajar Membaca
- Abjad
- Suku Kata
- Perkataan
- Rangkai kata
- Ayat-ayat mudah ( tunggal )
- Petikan ( soalan pemahaman secara lisan )

2- Kemahiran Asas Bacaan
- Abjad kecil & abjad besar
- Suku kata KV ( terbuka )
- Perkataan VKV & KVKV ( 2/ 3/ 4 suku kata terbuka )
- Rangkai kata VKV & KVKV
- Ayat-ayat mudah – ayat tunggal ( perkataan suku kata terbuka )
- Petikan mudah ( perkataan VKV & KVKV )
- Perkataan KVK & suku kata KVK
- Perkataan KVKVK, KVKKV, KVKKVK
- Rangkai kata ( perkataan KVKVK, KVKKV, KVKKVK)
- Ayat ( perkataan KVKVK, KVKKV, KVKKVK)
- Petikan mudah ( perkataan KVKVK, KVKKV, KVKKVK)

3- Peralatan / Bahan Untuk P & P
- Buku panduan mengajar bacaan asas
- Isi pengajaran Bacaan Asas berdasarkan kemahiran- dijalankan secara bengkel
- Kad-kad yang berkaitan- kad abjad, kad suku kata, kad rangkai kata dll.
- CD bacaan intraktif, buku Bacaan Asas- Contoh diberi.
- Buku kerja/ lembaran kerja
- Soalan penilaian- fomatif & sumatif

3- Perancangan Isi Pengajaran
- Kaedah yang digunakan – KAEDAH BUNYI KATA

KEMAHIRAN ASAS
- Perkataan VKV dan KVKV
- Memilih kelompok perkataan untuk pengajaran

Read More...

15 December 2009

ID baru 2010


I
d baru untuk semua guru dan kakitangan Pasti Adam Mak Chili akan digunakan sepenuhnya pada Januari 2010 . Kepada guru yang belum hantar gambar, sila berbuat demikian kepada Cikgu Aidah . Harap Maklum

Read More...

07 December 2009

AlFatihah : Pengasas Pasti Adam Mak Chili Meninggal Dunia

Pengasas Pasti Adam Mak Chili Kemaman, Allahyarham Tuan Haji Mat Hussain bin Mat Nor telah meninggal dunia pada petang tadi. Allayarham telah terlibat dalam sebuah kemalangan semasa beliau hendak ke tempat kerja di Hospital Kemaman pada pukul 7.40 pagi tadi . Allahyarham , 46 tahun meninggalkan seorang isteri dan 7 orang anak .
Allahyarham adalah aktivis yang aktif dalam khidmat sosial masyarakat di Kemaman dan juga Negeri . Allahyarham Hj Mat Hussain adalah mantan ketua cawangan Pas Mak Chili , AJK Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Kemaman adalah merupakan pengasas Pasti Adam Mak Chili pada tahun 1986 .

Kami warga Pasti adam Mak Chili amat merasakan kehilangan beliau yang telah banyak berjasa kepada Pasti Adam Mak Chili . Allahyarham turut terlibat dalam menjayakan majlis Qurban Perdana baru-baru ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan dihimpunkan bersama dengan orang-orang yang soleh .

Allahyarham Hj Mat Hussain bin Mat Nor


Read More...

29 November 2009

Qurban Perdana ; Aktiviti Tahunan Pasti Adam Mak Chili



Aktiviti tahunan Qurban Perdana Pasti Adam Mak Chili telah dijalankan pada hari Sabtu yang lalu iaitu pada hari Raya Aidil Adha yang kedua . Komiti telah memutuskan untuk mengadakan pada hari raya kedua memandangkan bilangan lembu yang akan disembelih adalah sebanyak 17 ekor , akan menyebabkan petugas tidak sempat untuk solat Jumaat .

Seramai 119 peserta Qurban dan 60 petugas terlibat dalam majlis ini yang terdiri dari masyarakat setempat dan juga perantau . Lembu pertama ditumbangkan seawal jam 8 pagi dan yang terakhir pada pukul 10.30 pagi .Memandangkan kecekapan petugas melapah dan menyiapkan daging , pada tahun hadapan bilangan lembu mungkin juga boleh ditambah kepada 25 ekor . Sebanyak 2 ekor lembu telah disumbangkan oleh peserta-peserta Qurban dan juga individu yang juga menyumbangkan 1 ekor lembu untuk diagihkan daging Qurban kepada masyarakat sekitar Mak Chili .

Bagi memeriahkan majlis, cabutan ‘lucky draw’ juga diadakan selepas housekeeping dilakukan. Pihak muslimat dan guru-guru Pasti tidak ketinggalan untuk membahagikan daging Qurban dan juga menghidangkan ‘Sup Tulang black pepper’ disepanjang majlis Qurban ( makang sokmo… ) .
Komiti Qurban Perdana Pasti Adam Mak Chili mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta Qurban, petugas dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan aktiviti Qurban Perdana ini.
Tangan-tangan masih lagi kering.. masih segan-segan, mungkin takut kotor uniform tu...



Ketua Unit lembu No 4 , Pak Li sibuk membahagikan daging..jangan biarkan ada yang tak puas hati

Pak Ngah Roni, 100% sedia berkhidmat untuk PASTI

Read More...

15 November 2009

IHTIFAL 2009 - Pasti Adam Mak Chili

Sabtu 14 November 2009 ,

Sambutan Hari Ihtifal Pasti Adam Mak Chili telah dirasmikan oleh Penyelaras Pasti Kawasan Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abd Karim. Beliau begitu terharu dengan sambutan dan sokongan ibu bapa yang terus memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke Pasti walaupun pakej rangsangan berjuta ringgit yang ditawarkan dalam bajet baru-baru ini untuk mengalih sistem pendidikan pra sekolah mengikut acuan mereka.
Majlis yang telah dimulakan pada jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari. Aturcara telah disusun rapi dengan persembahan nasyid, pakaian beragam, sajak, hafalan Quran, dikir barat, bercerita dan penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar . Para tetamu dan ibu bapa telah dihidangkan dengan nasi minyak special Mak Chili pada akhir Majlis .
Kami seluruh warga Pasti Adam Mak Chili mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Yaumul Ihtifal Pasti Adam Mak Chili Sessi 2009 ini.














Read More...

06 November 2009

Majlis Qurban Pasti Adam Mak Chili 2009


Assalamualaikum.
Pasti Adam Mak Chili dengan Sukacitanya menjemput muslimin dan muslimat untuk menyertai ibadah qurban dan Aqiqah yang akan disempurnakan pada hari raya Aidil Adha yang kedua, hari Sabtu 28 November 2009.

Memandangkan pada tahun ini jumlah qurban hanya dihadkan kepada 15 ekor sahaja , pendaftaran awal amatlah dialu-alukan.
Sila hubungi En Alias 019-9154041 untuk pendaftaran.

Read More...

27 October 2009



KEMAMAN : PASTI Kemaman mengungguli Pertandingan Membaca BM, BI dan Jawi anjuran Jabatan PASTI Negeri Terengganu pada 16hb. Oktober lepas di PASTI Rusila, Marang, Terengganu.PASTI Kemaman menjadi Johan dalam kategori Bahasa Inggeris dan Jawi disamping muncul sebagai Naib Johan dalam kategori Bahasa Malaysia.
Adik Ahmad Zafran Hakim Zakimi dari PASTI Al Hikmah, Bukit Kuang, Kemaman muncul sebagai Johan kategori Bahasa Inggeris setelah menewaskan tujuh orang peserta lain.Adik Maisarah Aisyah Samso dari PASTI Adam, Mak Chili, Kemaman pula menjuarai kategori Jawi menewaskan peserta dari tujuh PASTI Kawasan lain.Adik Rukaini Razali dari PASTI Bukit Mentok, Kemaman pula berjaya mendapat Naib Johan bagi kategori Bahasa Malaysia.Kedua pelajar yang menjuarai pertandingan peringkat negeri ini akan terpilih mewakili Jabatan PASTI Negeri Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 30-31hb Oktober nanti di PUTIK, Kelantan.Ketua MGP Kemaman, Puan Hasnah Abu Bakar berkata, "kemenangan ketiga pelajar dari PASTI Kemaman memang tidak diduga. Ianya natijah dari usaha dan komitmen para pelajar, ibubapa/penjaga dan guru"."MGP akan mengiring peserta dari PASTI Kemaman yang berjaya ini ke pertandingan peringkat kebangsaan di Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan (PUTIK), Kelantan nanti", ujar Ketua MGP lagi.Sementara itu, Timbalan Pengerusi I, Jabatan PASTI Kawasan Kemaman, Mohd Tishaah Hamzah ketika dihubungi melahirkan rasa kesyukuran dengan pencapaian pelajar tersebut."Antara agenda utama Jabatan PASTI Kemaman ialah melahirkan pelajar yang cemerlang. Kemenangan ini membuktikan sasaran kecemerlangan telah berjaya direalisasikan", ujar beliau.Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa/penjaga dan guru pelajar yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pertandingan tersebut.Kombinasi ibubapa/penjaga pelajar serta para guru serta minat pelajar itu sendiri akan membuahkan produk yang berkualiti tinggi sepertimana kita lihat hasilnya dalam pertandingan peringkat negeri tersebut.Tahniah kepada Jabatan PASTI Kawasan Kemaman. 'PASTI : Pendidikan Pra Sekolah Abad Ke-21'.

Sumber : Pasti Kawasan Kemaman

Read More...

20 October 2009

Ihtifal Pasti Adam Mak Chili

Hari Ihtifal Pasti Adam Mak Chili akan diadakan pada hari sabtu 14 November 2009 bertempat di Dataran Pasti.
maklumat terakhir akan menyusul..

Harap maklum

Read More...

12 September 2009

Pendaftaran Pelajar Baru Pasti Adam 2010

Pendaftaran untuk Pelajar 4 tahun , 5 tahun dan 6 tahun boleh dilakukan dari sekarang .
Sila hubungi Pejabat Pasti Adam di talian 09-8581251 (Puan Aidah Tawang ) untuk keterangan lanjut .
Ringkasan pelajar Pasti sejak dari penubuhan 1986 sehingga sekarang.

















Read More...

12 August 2009

Jintan Manis, rawatan alternatif penyakit H1N1


Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.
Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.

Original article from http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html

Read More...

20 July 2009

Sambutan Meriah di Hari keluarga PAS dan sukaneka Pasti Mak Chili



H
ari Keluarga PAS Cawangan Mak Chili dan Sukaneka Pasti Adam disambut meriah pada 18 Julai yang lalu. Acara dimulakan dengan pertandingan mencari harta karun bermotorsikal pada hari sebelumnya, ceramah pada sebelah malam dan seterusnya sukaneka pada hari sabtu, 18 julai.

Sebanyak 18 acara disusun mengikut kesesuaian masa . Antaranya tarik upih, susun tin, motorsikal dan basikal lambat, baling telur, kupas kulit epal terpanjang, sibuta dan pasangan, tarik tali dan yang paling diminati iaitu paintball target. Jamuan gulai kawah disediakan untuk semua tetamu dan masyarakat setempat . Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kemaman , Ustaz Alias Hamid dan majlis berakhir pada pukul enam petang.
Ahli Jawatankuasa PAS cawangan Mak Chili dan Ahli Jawatankuasa Pasti Adam serta warga kampung Mak Chili mengucapkan jutaan terimakasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan samada moral,tenaga mahu pun wang ringgit demi menjayakan program ini

Read More...