20 December 2009

WARMING UP : Kursus Penigkatan Profesionalisme Untuk Guru-Guru Pasti Adam Qariyah Mak Chili


19 Dec 2009- Jawatankuasa PASTI ADAM Qariyah Mak chili telah menganjurkan kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan untuk guru-guru PASTI ADAM. Seramai 15 orang guru dari PASTI ADAM telah mengikuti kursus tersebut dan tidak ketinggalan juga terdapat 7 orang guru PASTI dari qariyah lain yang hadir sama mengikut kursus ini.

Kehadiran guru-guru Pasti Adam dan Pasti sekitar Kemaman amat menggalakkan walaupun sibuk dengan last minute shopping baju sekolah anak-anak.

Kursus satu hari ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Kursus ini diadakan bertujuan mendedahkan guru-guru tentang cara-cara Mengurus Tingkah Laku murid dan Pengajaran Bacaan Asas yang Berkesan. Ahli Jawatankuasa Qariyah menyedari betapa pentingnya guru-guru ini didedahkan dengan kemahiran ini, demi meningkatkan tahap kerja buat guru dalam mendidik anak-anak pra sekolah yang belajar di pasti ini. Kami memfokuskan kebolehan Membaca Bacaan Asas kepada murid yang berumur 6 tahun semasa belajar di PASTI ADAM ini ke peringkat yang maksima. Para ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka bukan sahaja memperolehi kemahiran berkaitan dengan agama, tetapi mereka mahu melihat anak-anak mereka boleh menguasai bacaan asas selepas sahaja tamat belajar di pasti ini.
Objektif kursus seperti berikut:

Pengurusan Tingkah Laku
1. Membantu murid bertindak balas secara kondusif kepada proses pembelajaran.
2. Mengajar dan menggalakkan berlakunya tingkah laku akademik dan sosial yang
bersesuaian dengan situasi bilik darjah
3. Membimbing murid untuk memainkan peranan yang sesuai dalam masyarakat –
pemindahan pembelajaran

Pengajaran bacaan Asas yang Berkesan
1. Memahami proses pengajaran Bacaan Asas
2. Mengetahui kemahiran-kemahiran asas dalam bacaan
3. Membina satu perancangan isi pengajaran bacaan berasaskan kaedah bunyi kata
4. Menyedari betapa pentingnya penggunaan bahan/ perlatan dalam p & p bacaan asas
6. Mengetahui teknik/ strategi pengajaran berkesan
ISI KANDUNGAN KURSUS

1- Proses Mengajar Membaca
- Abjad
- Suku Kata
- Perkataan
- Rangkai kata
- Ayat-ayat mudah ( tunggal )
- Petikan ( soalan pemahaman secara lisan )

2- Kemahiran Asas Bacaan
- Abjad kecil & abjad besar
- Suku kata KV ( terbuka )
- Perkataan VKV & KVKV ( 2/ 3/ 4 suku kata terbuka )
- Rangkai kata VKV & KVKV
- Ayat-ayat mudah – ayat tunggal ( perkataan suku kata terbuka )
- Petikan mudah ( perkataan VKV & KVKV )
- Perkataan KVK & suku kata KVK
- Perkataan KVKVK, KVKKV, KVKKVK
- Rangkai kata ( perkataan KVKVK, KVKKV, KVKKVK)
- Ayat ( perkataan KVKVK, KVKKV, KVKKVK)
- Petikan mudah ( perkataan KVKVK, KVKKV, KVKKVK)

3- Peralatan / Bahan Untuk P & P
- Buku panduan mengajar bacaan asas
- Isi pengajaran Bacaan Asas berdasarkan kemahiran- dijalankan secara bengkel
- Kad-kad yang berkaitan- kad abjad, kad suku kata, kad rangkai kata dll.
- CD bacaan intraktif, buku Bacaan Asas- Contoh diberi.
- Buku kerja/ lembaran kerja
- Soalan penilaian- fomatif & sumatif

3- Perancangan Isi Pengajaran
- Kaedah yang digunakan – KAEDAH BUNYI KATA

KEMAHIRAN ASAS
- Perkataan VKV dan KVKV
- Memilih kelompok perkataan untuk pengajaran

1 comment:

  1. Pendekatan yang baik untuk guru-guru PASTI...Kalau boleh bagi le elaun sikit setiap kali guru-guru PASTI menghadiri kursus-kursus sebegini..bawak berbincanglah dalam meeting AJK

    ReplyDelete