30 April 2009

Budak Ajaib Anugerah Allah















Budak Ajaib !








Kebelakangan ini terdapat banyak penganjuran dan majlis diadakan untuk mendengar kefasihan, kepetahan, tafsiran, penyampaian anakanda dari Pasentran Al- Fateh Indonesia ini . Saya sempat juga mengikuti siri-siri ceramah yang telah diadakan di sekitar Kemaman ini bersama anak-anak . Bagi yang telah mengikuti ceramah ini saya percaya akan terus berusaha untuk membawa anak-anak mereka ke majlis tersebut walaupun berulang-ulang kali .Mereka mahu dengar HabiburRahman, mereka mahu lihat Adik Kahfi .


Apa yang ajaibnya....


Zikir yang meyejukkan hati,

Bacaan Al Quran dengan tajwid dan

Dendangan lagu selingan yang tidak sumbang,

Kepetahan mengupas pujangga ulama',

kata-kata nasihat untuk anak-anak .

Jika anda memejam mata tanpa melihat Tuan empunya. Tidak terdetik dihati bahawa ucapan yang didengar itu disampaikan oleh anak-anak yang berusia 4 tahun dan 6 tahun . Anak-anak saya begitu teruja dengan presentation, kepetahan, ilmu agama yang tinggi dan cara mereka behubung dengan hadirin yang berbagai lapisan umur itu .

Pasti Adam Mak Chili Kemaman akan menganjurkan majlis ini pada Jumaat ini, 1 May 2009 bertempat di dataran Pasti pada Pukul 9 malam . Bawalah anak-anak anda dengan membawa tikar ,berehat, menuntut ilmu dan sambil menenangkan fikiran. Gerai-gerai jualan makanan panas dan segera perlu dikunjungi untuk memenuhi kehendak anak-anak kita itu. kepada yang telah membaca blog ini, sebarkan kepada rakan sekerja dan jiran tetangga tentang majlis yang terakhir ini di Kemaman .


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Read More...

27 April 2009

AJK IT - Ahlan Wasahlan

Mengumumkan dan mengucapkan selamat berkhidmat di Pasti Adam Mak Chili kepada

En Sham Kamal bin Zainal
En Zahari bin Zakaria

Mereka adalah mempunyai kepakaran IT & dokumentasi untuk membantu Pasti Adam ke arah merealisasikan perancangan Pasti Bestari 2010 .

Terima kasih dari pengurusan Pasti Adam Mak Chili.

Read More...

23 April 2009

Pengurusan Pasti Adam bagi tahun 2009 - 2011

Keputusan dari Mesyuarat cawangan Mak Chili telah melantik Ahli Jawatan kuasa baru bagi Pasti Adam Mak Chili bagi tahun 2009 - 2011 . Tahniah di atas perlantikan .

Senarai Penuh :
Penasihat : Hj Razaki Berahim
Pengurus : Hj Azman Zawawi
Penolong Pengurus : En Eliyas Yusof
Penolong Pengurus II : Hj Rozaimi Johar
Setiausaha : En Rahman Khalid
Bendahari : Puan Rohani Mohamad
Ketua HEGM : Hj Azman Zawawi
Ketua Unit Kurikulum dan Peperiksaan : Hj Ismail Kassim
Ketua Unit Pentadbiran dan Pendaftaran : En Rahman Khalid
Ketua Unit Kebajikan : Puan Hajjah Senik Abd Rahman
Ketua Unit Sosial dan Kemasyarakatan : En Aziman Omar
Ketua Unit pembangunan dan Infrastruktur : En Ngah Abdullah
Penolong Ketua : En Ghazali Embong
Ketua Unit Koperasi : Hj Rozaimi Johar
Ketua Unit Ekonomi : Hj Reduan Abd Rahman
Ketua Unit ICT & Dokumentasi : En Eliyas Yusof
Ketua Unit Perbekalan : En Aidi Tawang
Ketua Unit Keceriaan dan Kebersihan : En Abd Rahim Said
Penolong Ketua : En Nordin Ali
Ketua Unit Keselamatan : En Zulkifli Sidek
Penolong Ketua : En Abd Razak Mohamad

Read More...

14 April 2009

PASTI Melaka hadapi tekanan



7 April 2009 :
PASTI Negeri Melaka terus menerus menghadapi tekanan dari Kerajaan Negeri Melaka dan agensi-agensi kerajaan. Kes perbicaraan terhadap beberapa PASTI dinegeri ini sudah berlarutan bertahun-tahun tanpa penyelesaian.

Pengurus-pengurus PASTI terpaksa berulang alik turun naik Mahkamah akibat kekejaman pihak berkuasa. Mengapa begitu zalim mereka ini terhadap anak-anak kecil yang ingin menimba ilmu Islam sedangkan banyak lagi kerja lain yang sepatutnya mereka lakukan.Sepatutnya pihak berkuasa membantu dan menolong pengusaha PASTI bagi meningkatkan lagi taraf pengajaran dan pembelajaran PASTI sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor.

Mahkamah Persekutuan Selasa lalu memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan kes penyemakan penghakiman Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI ) Al – Kautsar, Ayer Keroh setelah panel hakim yang bersidang bersetuju dengan permohonan barisan peguam PASTI supaya kes ini dihakimi oleh 5 orang hakim.

Keputusan dibuat setelah mendengar penghujahan dari kedua – dua pihak pemohon dan responden. Panel 3 orang hakim yang dipengerusikan oleh Panel Hakim Mahkamah Persekutuan Ariffin Zakaria yang menyifatkan kes ini sebagai ‘interesting’ membuat membuat keputusan tersebut setelah mendengar dan menimbangkan soalan yang ditimbulkan untuk diputuskan oleh mahkamah.

Isu yang timbul adalah samada majistret mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan jenayah syariah dan samada kebenaran untuk mendakwa yang dikeluarkan oleh pendakwaraya yang membenarkan pendakwaan berkaitan kesalahan jenayah syariah di mahkamah sivil adalah berpelembagaan. Barisan hakim yang dipengerusikan oleh Yang Arif Ariffin Zakaria membuat keputusan tersebut dengan berkata hasil daripada keputusan perbicaraan ini akan mendatangkan implikasi yang besar dan mendalam kepada perundangan negara kerana ia melibatkan perundangan syariah dan sivil seluruh Malaysia .

Oleh itu kes ini dianggap serius dan harus diadili oleh panel hakim sepenuhnya. Tuan Haji Sulaiman Abdullah, salah seorang daripada peguam yang mewakili PASTI membuat permohonan supaya kes ini dihakimi oleh sekurang – kurangnya 5 orang hakim telah meminta agar diberikan masa yang secukupnya untuk membuat persediaan. Panel hakim memberikan peluang kepada kedua – dua pihak peguam PASTI dan peguam yang mewakili peguam negara supaya memilih dan menetapkan sendiri tarikh perbicaraan berikutnya, yang telah dipersetujui oleh pendaftar mahkamah pada 29 September 2009.

Defendan di dalam kes ini, En. Mohd Nor telah dituduh menyelenggarakan PASTI Al - Kautsar, Ayer Keroh tanpa mendaftarkannya kepada Jabatan Agama Islam Melaka ( JAIM ) pada tahun 2005 telah didakwa di bawah Enekmen 51 Pengawalan Sekolah – sekolah Agama Islam ( Melaka ) 2002.

Beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 53 yang jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM5000 atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Saf peguam PASTI telah memohon supaya majistret menangguhkan kes ini untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka kerana isu berkaitan dengan perlembagaan timbul.

Mahkamah Tinggi Melaka telah menangguhkan kes ini ke Mahkamah Persekutuan dan kes ini telah berlanjutan selama beberapa tahun lamanya setelah dibicarakan beberapa kali di peringkat Mahkamah Persekutuan yang sebelum ini dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Tuan Haji Muhamad Burok yang juga merupakan salah seorang peguam PASTI ketika ditemuramah menegaskan bahawa soalan yang timbul samada pertuduhan kes ini memberi kuasa kepada mahkamah majistret untuk menghakimi kes berkaitan agama islam wajib dijawab mahkamah yang bersidang dengan panel penuh.

Beliau berkata saf peguam PASTI telah berhujah di Mahkamah Tinggi Melaka bahawa adalah tidak wajar kes syariah didengar oleh mahkamah sivil kerana ia mendedahkan kepada kemungkinan hakim bukan islam untuk membicarakan dan memutuskannya.

Perbicaraan pada hari ini turut dihadiri oleh beberapa wakil dari PAS Kawasan Bukit Katil, Setiausaha PASTI Negeri Melaka dan 3 orang wakil dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang diketuai oleh ketuanya, Saudara Puat bin Bedol.

Sumber: Mutaligat

Read More...

13 April 2009

Panggilan SMS palsu bagi penipuan Kad Kredit Anda

Awas penipuan SMS dan Panggilan Telefon Meminta Pengesahan pada Transaksi Kad Kredit .

Bank Negara Malaysia ingin memberi peringatan kepada anggota masyarakat supaya berhati-hati bila menerima panggilan atau SMS mendakwa panggilan dari Bank Negara Malaysia atau bank komersial di bawah unit Kad Kredit Palsu . Fakta-fakta adalah:

Tidak ada Jabatan yang disebut " Unit Kad Kredit Palsu di Bank Negara Malaysia. Nombor 8659-XXXX adalah bukan telefon dari Bank Negara Malaysia .Untuk Pengetahuan Bank Negara Malaysia TIDAK akan meminta informasi perbankan melalui SMS atau telefon. Berdasarkan lapuran yang diterima oleh Bank Negara Malaysia, telah terjadi peningkatan insiden seperti fraudsters membuat panggilan dan mengirim SMS kepada anggota masyarakat untuk memperoleh data-data perbankan mereka, dengan tujuan untuk ’siphoning monies’ dari satu account .
Dari siasatan Bank Negara Malaysia, modus operandi scam adalah sebagai berikut:
1. Mangsa akan menerima SMS atau telefon: Meminta Mangsa untuk membuat pengesahan Kad kredit untuk transaksi pembelian barang yang dikenakan kepada Mangsa dari Kad kredit.
2. Ketika Mangsa memanggil nombor telefon yang disediakan dalam SMS, fraudsters memperkenalkan diri mereka sebagai agen dari bank komersial, dan sekali lagi meminta mangsa untuk membuat pengesahan apakah transaksi Kad kredit yang telah terjadi.
3. Ketika Mangsa memberitahu bahawa tidak pernah menggunakan seperti yang terdapat pada Kad kredit atau transaksi, pegawai tersebut akan memberi nasihat kepada mangsa supaya membuat lapuran kepada Bank Negara Malaysia di bawah "Unit Kad Kredit Palsu", atau dengan bank komersial " credit card management department “. Mereka (dengan nada suara prihatin) akan memberikan nombor telefon "Unit Kad Kredit Palsu" Bank Negara Malaysia .
4. Ketika Mangsa memanggil nombor telefon yang diberikan, mereka akan disambut oleh sebuah mesin pesanan suara yang otomatik mengidentifikasi Bank Negara Malaysia dan beberapa saat panggilan ini akan dijawab oleh seseorang yang mengaku sebagai pegawai Bank Negara Malaysia. Pegawai ini akan meminta informasi yang berkaitan dengan mangsa dari perkhidmatan perbankan mana , data Kad kredit dan data-data peribadi .
5. ’Fraudsters’ yang kini sudah memiliki cukup informasi akan terus membuat bank transfer melalui transaksi kad kredit yang lengkap dengan data-data yang mangsa berikan.
Anggota masyarakat diingatkan untuk tidak memberikan informasi pribadi mereka perbankan kepada pihak yang tidak diketahui tanpa Pengesahan terlebih dahulu .

Untuk informasi lebih lanjut, pertanyaan atau Aduan,
Hubungi: BNMTELELINK (Kontak Pelanggan Pusat) Tel: 1-300-88-5465 Fax: (03) 2174 1515 Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

Read More...



Hari ini umat Islam disibukkan dengan isu keruntuhan akhlak muda-mudi. Adakah ia benar-benar berlaku di dalam masyarakat? Ya, memang berlaku, bahkan sampai ke peringkat boleh menggugat keutuhan peribadi umat Islam keseluruhannya.

Pada hari ini, kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa, bahkan sampai ke peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah, remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang membahayakan tubuh badan seperti dadah, ganja, gam, ubat batuk dan sebagainya, bahkan kita sudah mendengar ada kanak-kanak sekolah yang mencederakan rakan sekolah dan kejadian melawan guru sehingga mahu membakar rumah guru dan sekolah, bukanlah suatu yang pelik pada hari ini.

Di manakah silapnya apabila pemuda pemudi menjadi rosak akhlaknya? Banyak jawapan yang boleh diberikan. Semua jawapan tersebut berkaitan di antara satu sama lain dan bantu membantu ke arah kerosakan akhlak remaja hari ini.

Asas pendidikan remaja adalah di rumah. Sekiranya di rumahnya sendiri mereka tidak mendapat asas pendidikan, maka apabila berada di luar rumah sudah tentu payah untuk membentuk peribadi Muslim yang sejati kerana godaan dan pancaroba di luar sana seperti pergaulan dengan rakan-rakan yang jahat, pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan dan sebagainya adalah lebih hebat dan mencabar. Hanya mereka yang mempunyai asas pendidikan Islam dan diwarnai oleh akhlak yang murni yang berpeluang untuk selamat, namun bukan sedikit yang tercicir di pertengahan jalan.

Oleh itu, ajaran Islam telah menentukan cara untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, yang akan menumbuhkan tunas-tunas Islam, yang mampu tumbuh menjalar dan membesar dengan sempurna, tidak mampu dihalang dan dicantas oleh gejala maksiat yang bersimpang siur, kiri dan kanan, akan lahirlah pemuda-pemuda dan generasi sebagaimana firman Allah (maksudnya): Mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, maka kami (Allah) menambahkan kepada mereka dengan hidayah. (Al-Kahfi: 13)

Untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, di dalamnya terpancar kecantikan ajaran Islam, maka asas perkahwinan mestilah dibina di atas cita-cita Islam, bukan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu. Biarlah pasangan yang mahu berkahwin itu berniat daripada perkahwinan mereka untuk melahirkan zuriat keturunan yang baik yang akan meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang akan dibanggakan oleh Nabi s.a.w. di hadapan para nabi dan rasul yang lain, bukan sahaja kerana jumlahnya yang ramai tetapi juga kerana mereka patuh dan tunduk kepada ajaran Allah SWT.

Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka yang berkeinginan mendirikan rumah tangga mestilah membuat pilihan pasangan masing-masing melalui kaca mata Islam, bukannya melalui kaca mata nafsu dan bisikan syaitan.

Di dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa seseorang perempuan yang dipilih untuk dijadikan isteri berdasarkan empat sifat: kerana kekayaannya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Sekiranya semua sifat tersebut tidak ada pada diri seseorang perempuan itu kecuali agamanya, maka sifat beragamanya yang mesti menjadi pilihan.

Pada hari ini, kaum lelaki yang ingin berkahwin dan ibu yang hendak mengahwinkan anak perempuan mereka tidak lagi memberi perhatian terhadap sifat beragama dan berakhlak. Perempuan yang mahu dikahwini itu mungkin dikenali di pusat membeli-belah atau di perhentian bas, di tepi pantai atau di dalam surat khabar melalui iklan mencari jodoh. Mereka menjadikan artis, penyanyi dan pelakon sebagai contoh isteri solehah sedangkan artis itulah perosak utama muda-mudi Islam pada hari ini kerana pakaian dan fesyen mereka menjadi ikutan di kota-kota dan pedalaman.

Sementara ibu bapa pula menerima sahaja lamaran untuk meminang anak gadis mereka tanpa menyelidiki sama ada teruna itu sembahyang, puasa menutup aurat atau tidak. Kita bimbang sekiranya anak gadis kita yang asalnya beragama, menutup aurat, sembahyang dan berakhlak mulia, apabila jatuh ke tangan lelaki yang tidak setia kepada agamanya akan membawa fitnah kepada anak gadis kita.

Islam juga mewajibkan ibu bapa mendidik anak dengan pendidikan Islam, mengajar mereka mengenal Tuhan sekalian alam iaitu Allah SWT, mengajar mereka perangai yang baik, akhlak dan kesopanan, mengajar mereka batas-batas halal dan haram dan bersikap tegas kepada anak-anak sekiranya ada timbul bibit-bibit untuk cenderung kepada kejahatan sebelum nasi menjadi bubur.

Firman Allah (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada azab api neraka, bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar lagi bengis, mereka tidak melanggar perintah Allah ke atas mereka dan mereka lakukan apa yang disuruh. (At-Tahrim: 6)

Allah Taala memerintahkan supaya setiap orang Islam berusaha menyelamatkan diri masing-masing dan ahli keluarga daripada azab api neraka. Bagaimanakah caranya? Caranya ialah dengan beramal menurut ajaran Islam. Suami hendaklah memastikan isteri masing-masing patuh kepada ajaran Islam pada perbuatan, percakapan, berpakaian dan melakasakan apa yang diwajibkan oleh Allah Taala dan meninggalkan apa yang dilarang.

Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka. Menjadi kewajipan untuk bertanya ke manakah mereka keluar, dengan siapa, bila akan pulang dan pelbagai soalan berkaitan. Jangan membiarkan anak-anak melakukan apa yang mereka suka walaupun melanggar batas agama.

Betapa ramai anak-anak yang tidak bersembahyang kerana berkawan 24 jam, pulang ke rumah untuk tidur dan makan. Betapa ramai anak-anak yang terjebak dengan ketagihan dadah dan ganja, pil khayal dan ubat batuk kerana terpengaruh dengan kawan-kawan. Pada asalnya cuma untuk cuba-cuba tetapi apabila sudah ketagih tidak lagi pulang ke rumah siang dan malam.

Anak-anak gadis sudah pandai berkawan dengan lelaki walaupun masih bersekolah menengah. Anak gadis diarak ke hulu ke hilir dengan motosikal oleh lelaki yang bukan suaminya, sudah menjadi perkara biasa di dalam masyarakat. Ibu bapa tidak lagi mampu berbuat apa-apa, sekadar memerhatikan sahaja gelagat anak muda mereka.

Anak pinak adalah harta penting yang dikurniakan oleh Allah. Jika seseorang itu bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari sesuap nasi sedangkan rezeki esok hari belum dapat dipastikan lagi, mengapakah kita mensia-siakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah yang berupa anak sedangkan anak itu sendiri akan menjadi pesaka yang amat berharga apabila mati kelak, sekiranya anak itu menjadi anak yang soleh.

Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam di dalam membina rumah tangga. Suami yang baik dijadikan untuk isteri yang baik, akan melahirkan pula anak-anak yang soleh, yang akan menjadi harta yang tidak ada galang ganti, bermanfaat semasa hidup dan sesudah mati. Itulah benteng yang yang paling kukuh untuk menghadapi kerosakan akhlak muda mudi masa ini.


Catatan dari blog Cina Islam ,

Oleh Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang

Read More...

03 April 2009

Takziah

Ucapan takziah kepada keluarga Razali Sidek di atas pemergian isteri tercinta iaitu Allahyarhamah Puan Yusnani Yusof , pada malam Jumaat 2 April selepas selesai menunaikan solat isyak . Allahyarhamah adalah merupakan guru senior Pasti Adam Mak Chili Kemaman meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas . Beliau meninggalkan 4 orang anak tercinta . Dikenali dengan panggilan Cikgu Teh adalah amat mesra dengan pelajar dan ibubapa di Pasti . Allahyarhamah adalah guru kepada pelajar baru 4 tahun yang memerlukan kecekalan dan ketabahan menangani kerenah anak-anak . Majlis pengkebumian disempurnakan pada waktu pagi yang dihadiri oleh guru-guru Pasti , kaum keluarga , pengurusan pasti Mak Chili dan Kawasan .
Pengurusan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama dengan orang-orang yang soleh . Juga mendoakan semoga keluarga Razali Sidek menempuhi ujian ini dengan tabah .

Allahyarhamah adalah yang kedua dari kiri di barisan tengah

Read More...