27 October 2009



KEMAMAN : PASTI Kemaman mengungguli Pertandingan Membaca BM, BI dan Jawi anjuran Jabatan PASTI Negeri Terengganu pada 16hb. Oktober lepas di PASTI Rusila, Marang, Terengganu.PASTI Kemaman menjadi Johan dalam kategori Bahasa Inggeris dan Jawi disamping muncul sebagai Naib Johan dalam kategori Bahasa Malaysia.
Adik Ahmad Zafran Hakim Zakimi dari PASTI Al Hikmah, Bukit Kuang, Kemaman muncul sebagai Johan kategori Bahasa Inggeris setelah menewaskan tujuh orang peserta lain.Adik Maisarah Aisyah Samso dari PASTI Adam, Mak Chili, Kemaman pula menjuarai kategori Jawi menewaskan peserta dari tujuh PASTI Kawasan lain.Adik Rukaini Razali dari PASTI Bukit Mentok, Kemaman pula berjaya mendapat Naib Johan bagi kategori Bahasa Malaysia.Kedua pelajar yang menjuarai pertandingan peringkat negeri ini akan terpilih mewakili Jabatan PASTI Negeri Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 30-31hb Oktober nanti di PUTIK, Kelantan.Ketua MGP Kemaman, Puan Hasnah Abu Bakar berkata, "kemenangan ketiga pelajar dari PASTI Kemaman memang tidak diduga. Ianya natijah dari usaha dan komitmen para pelajar, ibubapa/penjaga dan guru"."MGP akan mengiring peserta dari PASTI Kemaman yang berjaya ini ke pertandingan peringkat kebangsaan di Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan (PUTIK), Kelantan nanti", ujar Ketua MGP lagi.Sementara itu, Timbalan Pengerusi I, Jabatan PASTI Kawasan Kemaman, Mohd Tishaah Hamzah ketika dihubungi melahirkan rasa kesyukuran dengan pencapaian pelajar tersebut."Antara agenda utama Jabatan PASTI Kemaman ialah melahirkan pelajar yang cemerlang. Kemenangan ini membuktikan sasaran kecemerlangan telah berjaya direalisasikan", ujar beliau.Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa/penjaga dan guru pelajar yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pertandingan tersebut.Kombinasi ibubapa/penjaga pelajar serta para guru serta minat pelajar itu sendiri akan membuahkan produk yang berkualiti tinggi sepertimana kita lihat hasilnya dalam pertandingan peringkat negeri tersebut.Tahniah kepada Jabatan PASTI Kawasan Kemaman. 'PASTI : Pendidikan Pra Sekolah Abad Ke-21'.

Sumber : Pasti Kawasan Kemaman

Read More...

20 October 2009

Ihtifal Pasti Adam Mak Chili

Hari Ihtifal Pasti Adam Mak Chili akan diadakan pada hari sabtu 14 November 2009 bertempat di Dataran Pasti.
maklumat terakhir akan menyusul..

Harap maklum

Read More...