31 May 2009

PASTI Marang Johan Futsal dan PASTI Kuala Terengganu Juara Bolajaring



Kemaman : PASTI Marang menjuarai futsal di Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu 2009 di Puteri Food Court, Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman yang berlangsung pada 30hb. Mei 2009 setelah menewaskan PASTI Dungun 3-2 dalam perlawanan akhir. Kategori bolajaring telah dimenangi oleh PASTI Kuala Terengganu setelah menewaskan PASTI Marang dalam perlawanan akhir. Perasmian karnival telah dilakukan oleh Ustaz Alias Abdul Hamid selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman dan perasmian penutup dan penyampaian hadiah oleh Ustaz Mohd Ridhuan Hashim, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT).

PASTI Besut berjaya mendapat tempat ke-3 futsal setelah menewaskan PASTI Setiu 5-4 dalam penentuan tendangan penalti setelah seri tanpa jaringan dalam masa penuh manakala PASTI Dungun menduduki tempat ke-3 dalam acara bola jaring setelah menewaskan PASTI Kemaman.
PASTI Marang juga telah diistiharkan sebagai Juara Keseluruhan Karnival Sukan PASTI Terengganu 2009 dan berjaya membawa balik Piala Pusingan Ketua DPPNT. Majlis penutup telah diakhiri dengan acara penyerahan bendera oleh wakil PASTI Kemaman kepada tuan rumah 2010 iaitu PASTI Besut yang diwakili oleh Penyelaras PASTI Besut.
Penganjur Karnival ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat dan memberi sumbangan samada secara langsung dan tidak langsung. Jumpa lagi tahun depan di Besut pada 2010. - Pemuda DPPKK

No comments:

Post a Comment