14 June 2009

Keputusan Pilihanraya di Iran


P
residen Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatannya untuk penggal kedua selepas mencatat kemenangan selesa dalam pilihan raya Presiden negara republik Islam itu semalam.

Namun kemenangan Mahmoud disambut dengan rasa tidak puas hati pencabar terdekatnya, Mir Hossein Mousavi, golongan yang bermuqabalah dengan Amerika Syarikat.

Dalam keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Iran, Mahmoud mendapat 62.6 peratus undi, diikuti Mir Hossein yang hanya berjaya mendapat 33.7 peratus undi.

Menurut maklumat Kementerian Dalam Negeri, peratusan keluar mengundi mencecah 85 peratus daripada 46 juta pengundi berdaftar.

Dua calon lain, Mehdi Karoubi dan Mohsein Rezai mendapat jumlah undi yang sangat sendikit.

Dalam pada itu, Mir Hossein yang tidak dapat menerima kekalahannya kepada Mahmoud mengadakan sidang media khas membantah keputusan pilihan raya itu.

"Saya akan menentang keputusan hari ini dan jelas berlaku banyak kepincangan dalam proses pengundian," katanya.

Di Teheran, lebih 2,000 penyokong Mir Hossein mengadakan tunjuk perasaan membantah keputusan itu dan polis dilaporkan menggunakan belantan untuk menyuraikan mereka.

Amerika Syarikat dilaporkan enggan menerima kenyataan Ahmadinejad memenangi pilihan raya Presiden Iran dan menyatakan ia akan melihat kepada dakwaan berlaku penipuan.

"Kami memantau situasi semasa di Iran tetapi seperti masyarakat dunia lain, kami menunggu dan melihat apa yang rakyat Iran putuskan," kata Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton, pada sidang media bersama Menteri Luar Kanada, Lawrence Cannon.

Beberapa minit selepas Clinton bercakap, Rumah Putih mengeluarkan kenyataan dua ayat memuji "perdebatan dan minat mendalam yang dijana pilihan raya itu, terutama di kalangan belia Iran" tetapi menyatakan kebimbangan berhubung "laporan keganjilan".

No comments:

Post a Comment