28 June 2009

Hari Keluarga Pasti Adam dan PAS cawangan Kg Air Mak Chili




P
asti Adam Mak Chili dan PAS Cawangan Mak Chili akan menganjurkan Hari sukaneka dan Hari keluarga pada 17 dan 18 Julai ini .Acara akan dimulakan dengan pertandingan mencari harta karun bermotorsikal yang akan diadakan pada hari Jumaat 17 Julai 2009 .Persiapan sedang dilakukan bagi memeriahkan upacara ini.



Read More...

25 June 2009

PROGRAM PENDIDIK RABBANI MEMBINA MUJAHID AGAMA


P
asti Adam Mak Chili,Kemaman akan menganjurkan seminar yang mensasarkan kepada golongan pendidik PASTI pada 3 Julai 2009 ini.Ia menyajikan satu pendekatan holistik secara teori dan praktikal dalam memahami kunci-kunci kejayaan dalam pembangunan manusia.Antara objektif program adalah meningkatkan kefahaman dan motivasi guru dan melahirkan individu yang mempunyai kualiti dalaman yang positif .Peluang ini dibuka kepada guru-guru Pasti di sekitar Kemaman .Sila hubungi Cikgu Aidah di talian 09-8581251 sebelum 30 Jun ini untuk persediaan tempat . Aturcara majlis:

8.30pagi - pendaftaran
9.00pagi - Modul 1, Iman dan kehidupan
9.45pagi - Modul 2, meneroka 5 dimensi diri insan
10.30pagi - minuman Ringan
10.45pagi - modul 3, membina stress yang positif
11.30pagi - modul 4, Praktikal amalan pernafasan
12.30pagi - Makan,rehat,solat
2.15ptg - Modul 5,'The ultimate Team Challenge'
3.00ptg - modul 6 ,Kunci kekuatan pendidikan Rabbani
4.00ptg - Muhasabah dan resolusi
5.00ptg - Minum petang dan bersurai

Read More...

14 June 2009

Keputusan Pilihanraya di Iran


P
residen Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatannya untuk penggal kedua selepas mencatat kemenangan selesa dalam pilihan raya Presiden negara republik Islam itu semalam.

Namun kemenangan Mahmoud disambut dengan rasa tidak puas hati pencabar terdekatnya, Mir Hossein Mousavi, golongan yang bermuqabalah dengan Amerika Syarikat.

Dalam keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Iran, Mahmoud mendapat 62.6 peratus undi, diikuti Mir Hossein yang hanya berjaya mendapat 33.7 peratus undi.

Menurut maklumat Kementerian Dalam Negeri, peratusan keluar mengundi mencecah 85 peratus daripada 46 juta pengundi berdaftar.

Dua calon lain, Mehdi Karoubi dan Mohsein Rezai mendapat jumlah undi yang sangat sendikit.

Dalam pada itu, Mir Hossein yang tidak dapat menerima kekalahannya kepada Mahmoud mengadakan sidang media khas membantah keputusan pilihan raya itu.

"Saya akan menentang keputusan hari ini dan jelas berlaku banyak kepincangan dalam proses pengundian," katanya.

Di Teheran, lebih 2,000 penyokong Mir Hossein mengadakan tunjuk perasaan membantah keputusan itu dan polis dilaporkan menggunakan belantan untuk menyuraikan mereka.

Amerika Syarikat dilaporkan enggan menerima kenyataan Ahmadinejad memenangi pilihan raya Presiden Iran dan menyatakan ia akan melihat kepada dakwaan berlaku penipuan.

"Kami memantau situasi semasa di Iran tetapi seperti masyarakat dunia lain, kami menunggu dan melihat apa yang rakyat Iran putuskan," kata Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton, pada sidang media bersama Menteri Luar Kanada, Lawrence Cannon.

Beberapa minit selepas Clinton bercakap, Rumah Putih mengeluarkan kenyataan dua ayat memuji "perdebatan dan minat mendalam yang dijana pilihan raya itu, terutama di kalangan belia Iran" tetapi menyatakan kebimbangan berhubung "laporan keganjilan".

Read More...

09 June 2009

Tip-tip Ransangan Minda Anak-Anak.


Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

BERTENTANG MATA, Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA, Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN, Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQ nya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..
JELIRKAN LIDAH, Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
HASILKAN BUKU BINATANG, Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
GELETEKLAH BAYI ANDA, Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
TUNJUKKAN PERBEZAAN, Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
BERKONGSI PANDANGAN, Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA , Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
SENTUH DAN RASA, Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
PERGI MEMBELI-BELAH, Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
BERI KATA KUNCI, Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
BERI KEJUTAN, Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
SEDIAKAN BANYAK TISU, Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
BACA BUKU , Berulangkali.. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
MAIN CAK-CAK, Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
JANGAN LUPA REHAT, Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
MAIN DENGAN WARNA, Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA , Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
ANGKATKAN SAHAJA, Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
BIAR DIA MEMBEBEL, Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
LATIHAN MENEKA, Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
BINA LALUAN HALANGAN, Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
IKUT RENTAKNYA, Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
BUAT MUKA LAWAK, Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
RASA SEKELILING ANDA, Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil melabel' barangan tersebut.
BAYANGAN WAJAH, Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.
(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS, Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.
GOYANGKAN BADAN, Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
JADILAH TAMAN PERMAINAN, Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
KIRA SEMUANYA, Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA, Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")
TUTUP TV, Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.
TUKAR PEMANDANGAN, Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA, Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
RAKAM VIDEO UNTUKNYA, Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
MAIN HUJAN, Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
MENANGKAP SERANGGA, Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
BERGURAU- SENDA, Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
MAIN DENGAN PAKAIAN, Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
AJAR TENTANG ISIPADU, Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
HASILKAN ALBUM KELUARGA, Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
SURUH ANAK MEMBUAT KERJA, Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
PERGI KE PERPUSTAKAAN, Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
MAIN BERULANG-ULANG, Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
MAIN "TIRU-MENIRU" , Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
BERCAKAP TENTANG PERASAAN, Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Read More...

06 June 2009

Selamat Pengantin Baru, Ustaz Hadi !

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Ustaz Hadi dan pasangannya Puan Jaharah Hassan yang telah berlangsung pada 4 Jun yang lalu di Besut. Ustaz Hadi adalah wargakerja Pasti Adam dan menyertai banyak aktiviti-aktiviti Pasti .Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu, InsyaAllah .

Read More...

02 June 2009

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh pagi tadi






Diberitakan Stadium utama negeri Terengganu yang boleh menampung 50,000 penonton telah runtuh pada sekitar pukul 7.30 pagi tadi. Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa diterima dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu. Orang ramai sekitar Gong Badak berpusu-pusu datang menyaksikan tragedi ini.

Read More...

31 May 2009

PASTI Marang Johan Futsal dan PASTI Kuala Terengganu Juara Bolajaring



Kemaman : PASTI Marang menjuarai futsal di Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu 2009 di Puteri Food Court, Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman yang berlangsung pada 30hb. Mei 2009 setelah menewaskan PASTI Dungun 3-2 dalam perlawanan akhir. Kategori bolajaring telah dimenangi oleh PASTI Kuala Terengganu setelah menewaskan PASTI Marang dalam perlawanan akhir. Perasmian karnival telah dilakukan oleh Ustaz Alias Abdul Hamid selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman dan perasmian penutup dan penyampaian hadiah oleh Ustaz Mohd Ridhuan Hashim, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT).

PASTI Besut berjaya mendapat tempat ke-3 futsal setelah menewaskan PASTI Setiu 5-4 dalam penentuan tendangan penalti setelah seri tanpa jaringan dalam masa penuh manakala PASTI Dungun menduduki tempat ke-3 dalam acara bola jaring setelah menewaskan PASTI Kemaman.
PASTI Marang juga telah diistiharkan sebagai Juara Keseluruhan Karnival Sukan PASTI Terengganu 2009 dan berjaya membawa balik Piala Pusingan Ketua DPPNT. Majlis penutup telah diakhiri dengan acara penyerahan bendera oleh wakil PASTI Kemaman kepada tuan rumah 2010 iaitu PASTI Besut yang diwakili oleh Penyelaras PASTI Besut.
Penganjur Karnival ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat dan memberi sumbangan samada secara langsung dan tidak langsung. Jumpa lagi tahun depan di Besut pada 2010. - Pemuda DPPKK

Read More...

Karnival Sukan Pasti Negeri Terengganu 2009




KEMAMAN : Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu 2009 akan berlangsung pada 30hb. Mei 2009 di Puteri Food Court, Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman bermula 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Perasmian karnival pada sebelah pagi akan dilakukan oleh Haji Ismail Harun selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman.

Daerah Kemaman yang menjadi tuan rumah pada kali ini akan menerima kedatangan para pengurus pasukan, jurulatih dan para pemain futsal muslimin dan bolajaring muslimat bermula pada petang Jumaat lagi. Para kontingen dari PASTI Kawasan akan ditempatkan di beberapa buah PASTI qaryah yang dipilih di sekitar Bandar Chukai. Semua PASTI Kawasan akan menyertai karnival tahunan tersebut yang terdiri dari Kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman selaku tuan rumah.
Acara sampingan pertandingan mewarna pelajar PASTI Kawasan Kemaman akan diadakan. Para Ibubapa/Penjaga pelajar yang berminat menghantar anak mereka menyertai pertandingan tersebut diminta menghubungi guru di PASTI qaryah masing - masing untuk pertanyaaan lanjut.
Pasukan yang menjuarai karnival ini akan terpilih mewakili PASTI Terengganu ke Karnival Sukan PASTI Pusat. Para ibubapa/Penjaga/Orangramai dijemput hadir untuk bersama - sama memeriahkan lagi karnival tersebut. - Sumber: Pasti Al-Muhabbah

Read More...

27 May 2009

Bimbinglah anak-anak membaca

Cara mendidik anak-anak membaca bermula dari 4 tahun . 5 modul pendidikan (gred 1 hingga gred 5 ) telah dikeluarkan oleh guru pakar pendidikan pra sekolah dalam blog Pasti Adam Mak Chili . Juga disertakan borang soal selidik anak-anak tentang tahap pencapaian yang anak kita telah miliki setakat ini . Sila muat turun fail tersebut di ruangan bawah blog ini dan gunalah untuk kebaikan kita bersama. Sebagai langkah kawalan sila hubungi email : pastiadammakchili@gmail.com bagi mendapatkan password .

Read More...

25 May 2009

Kematian Anak Kecil Syafaat Kepada Ibubapa Di Akhirat



Oleh : Mohd Razi bin Musa

Apabila seorang muslim sampai ketahap keimanan yang tinggi, meyakini akan qadha baik dan buruk dari Allah Taala, kemalangan menjadi kecil baginya, musibah menjadi mudah dihadapinya, menyerah segala apa yang datang kepada Allah Taala sahaja, jiwanya sentiasa tenang kerana kesabarannya terhadap ujian yang datang, disebabkan redhonya dengan qadha Ilahi dan tunduknya kepada takdir Tuhan sekelian alam.

Bertolak dari keimanan inilah, Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W memberitahu bahawa seseorang yang kematian anaknya, lalu dia bersabar dan mengucap istirja’ ( berkata ‘Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un’ ), Allah akan membina baginya sebuah rumah di dalam syurga namanya Baitul Hamdi (Rumah kepujian ). Nabi bersaabda yang bererti: (Apabila mati seorang anak hamba itu, Allah bertanya kepada MalaikatNya, “ Apakah kamu telah mencabut nyawa anak hambaKu ? “, lalu mereka menjawab “ Ya”. Allah berkata lagi “ Apakah kamu mengambil nyawa buah hatinya ?” mereka menjawab “ Ya “. Lalu Allah bertanya kepada MalaikatNya lagi “Apakah yang hambaKu kata ?”Jawab Malaikat “ Dia memuji engkau (mengucapkan Alhamdulillah) dan mengucapkan Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Roji’un. Lalu Allah berkata “ Binalah bagi hambaKu ini sebuah rumah di dalam Syurga dan kamu namakannya Baitul Hamdi.”

Hasil dari kesabarannya juga ialah jalan ke Syurga dan hijab dari api neraka. Sabda Nabi S.A.W yang bererti: ( Tidaklah ada dari kamu seorang perempuan yang mati tiga orang anaknya, melainkan anak-anaknya itu menjadi hijab baginya ( bagi perempuan itu ) dari Api Neraka. Seorang perempuan telah bertanya “ sekiranya dua orang ?” sabda Rasulullah S.A.W “ walaupun 2 orang.”

Sabda Nabi S.A.W yang bererti “ Tidaklah ada dari dua orang muslim ( sepasang suami isteri ) yang kematian tiga anaknya yang belum sampai umurnya melainkan dibawa anak-anak itu pada Hari Kiamat sehingga ke pintu Syurga, lalu dikatakan kepada mereka.. masuklah kamu semua ke dalam Syurga. Mereka menjawab “ ( kami tidak akan masuk ) sehingga ibubapa kami masuk”. Lalu dikatakan kepada anak-anak itu “ masuklah kamu semua dan juga ibubapa kamu.”

Read More...

23 May 2009

Sambutan hari guru disambut sederhana tetapi meriah .


“25 Tahun Pasti Memimpin Perubahan”

Sambutan hari guru 2009 Pasti Adam Mak Chili telah didakan pada 22 Mei lalu bagi menghargai jasa dan sumbangan warga pendidik Pasti Adam Mak Chili . Majlis diadakan secara sederhana dengan susunan majlis yang teratur dengan dimulakan dengan ucapan dari pengerusi Pasti, ucapan dari penasihat Pasti dan deklamasi sajak hari guru . Majlis berkenaan turut diserikan dengan ikrar guru PASTI diketuai oleh Cikgu Khairiah Abd. Aziz, Guru Kanan Pasti Adam Mak Chili . Majlis diakhiri dengan upacara memotong kek dan penyampaian cenderahati kepada guru dan bekas guru Pasti Adam Mak Chili .

Read More...

18 May 2009

H1N1 - Apakah Penyelesaiannya ?


Oleh : Mohd Razi Musa
Inilah ‘ DUNIA ‘, sekali lagi… belum pun selesai dari krisis ekonomi yang telah melandanya dengan sebab RIBA , kini dilanda pula penyakit lain yang kadang-kadang lebih teruk dari krisis ekonomi. Ini disebabkan babi atau di dalam Bahasa Arab disebut KHINZIR .

Dunia yang juga sedang dilanda wabak penyakit yang dahsyat yang mana para saintis belum menemui ubatnya . Penyakit ini ( AIDS ) tersebar dengan sebab zina.
Selsema Babi bukan seperti yang sebelumnya yang menimpa spesis burung-burung, tetapi wabak ini boleh berpindah melalui udara. Dikalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung . Dengan hanya mendekati babi yang berpenyakit ini , boleh berpindah virus itu yang dikenali dengan nama Virus H1N1. Apa yang merbahayanya dari semua ini ialah kemungkinan boleh berpindahnya virus daripada manusia kepada manusia yang lain , dalam keadaan ianya tidak berlaku kepada Influenza Burung.

Sehinggalah dunia akan menyedari bahawa tiada ‘ ubat ‘ melainkan dengan agama Allah iaitu Islam. Jalan keluar bagi dunia ini dari krisis ekonomi, politik , kesihatan, bahkan semua masalah dadah, bohsia, bohjan, mat rempit,bunuh,rompak, mencuri, rogol, rasuah, perceraian, kemiskinan, kenaikan harga barang, dan lain-lain lagi kecuali dengan mengikut Islam.

Firman Allah dalam Surah Al-Maidah Ayat 3
Maksudnya: ( Hari ini telah Aku ( Allah s.w.t) telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku sempurnakan ke atas mu nikmatKu dan telah Aku redha bagi kamu akan Islam sebagai Agama ).

Alangkah Agungnya Al-Quranul Karim ketika mengungkapkan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 173 yang bermaksud ;

( Sesungguhnya Dia ( Allah s.w.t) telah mengharamkan bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih bukan kerana Allah).

Dan alangkah Agungnya Al-Quranul Karim ketika menyifatkan Babi sebagai najis. Firman Allah dala SurahAl- An’am 145 yang bermaksud ;

( ….atau daging babi..maka sesungguhnya najis).

Sesungguhnya Allah s.w.t yang mencipta manusia lebih mengetahui apa yang baik bagi makhluknya dan apa yang merosakkan mereka.Dengan itu Allah tidak menghalalkan sesuatu itu kecuali ianya merupakan suatu yang baik dan Allah Taala tidak mengharamkan sesuatu itu melainkan ianya adalah suatu yang buruk.

Firman-firman Allah Taala yang bermaksud :

( Sesungguhnya manusia itu amatlah zalim lagi kufur) surah Ibrahim ayat 34.

( Sesungguhnya manusia itu amatlah melampaui hudud Allah) surah Al-A’laq ayat 6.

( Sesungguhnya manusia itu amatlah degil terhadap Tuhannya) Surah Al-A’diyat ayat 6.

Read More...